بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ
الرَّحِیمِ
Sesungguhnya Kami
telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu,
turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala
perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah
Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)
سوره مبارکه قدر